Assalamualaikum. Sebagai remaja, konteks entri saya tak lari dari pandangan seorang pelajar #student. Yes is No? Bila tersepit antara dua perkataan ini, maksudnya anda sememangnya pelajar. Kalau tak, ada dua maksud saja. Satu, anda matang. Kedua, anda tidak matang? Tak, tak matang untuk student saja. Kedua, maksudnya anda bukan student.
Statement entri ni macam mengarut ja. Well, you know it. Tapi hakikatnya statement ini benar. Biar DF jelaskan. Pelajar, macam yang kita tahu banyak pasang impian. Sampai satu masa, mungkin dua tiga empat masa kita terkeliru, apa yang kita kejar adalah impian atau cinta. Belajar sampai ke menara gading, itu impian? Ya. Itu cinta? Ya, cintakan ilmu. Tapi situasi ni tak nampak meragukan.
Macam mana kalau perkara yang selalu berlegar dalam fikiran anda adalah menjadi sasterawan selepas tamat pHD kejuruteraan. Itu impian atau cinta? Kedua-duanya. Tapi pasti ada kontroversi, keluarga mungkin tak setuju. Mungkin bila situasi macam ni berlaku, pilihan yes is no mungkin muncul berkali-kali.
Bila penamat yang dijangka ada dua, bermaksud anda terpaksa abaikan kesudahan sama ada ya atau tidak. Sebabnya? Sebab memilih ya adalah sama dengan memilih tidak. Macam berbelit, tapi mudah ja konsep dia. Tidak = Ya.
Jawapan bagi masalah sasterawan vs jurutera sebelum ini adalah tolak sasterawan boleh, tolak jurutera boleh. Dan kedua-dua jawapan itu kesudahannya sama ja, salah satu pihak akan terguris. Sasterawan ialah impian dan jurutera ialah cinta, cinta ibu bapa. Anda lebih bijak untuk tentukan kesudahan yang terbaik sebab anda lebih kenal diri anda dan kehidupan anda.
Selama mana kita bernafas, kita tetap pelajar. Pelajar bermaksud golongan yang menuntut ilmu. Setiap masa kita belajar dari kehidupan. Tiada pengukur tepat untuk mengukur umur pelajar.
Jadi kawan, kenapa masih memilih untuk bergembira berbanding melakukan amal terutamanya belajar kalau akhir kedua-duanya adalah peluh dan perasaan lega. Kenapa kita masih terkeliru lagi?
Jadi kawan, kenapa masih memilih untuk bergembira berbanding melakukan amal terutamanya beribadat kalau akhir kedua-duanya adalah peluh dan perasaan lega. Kenapa kita masih terkeliru lagi?
Jadi kawan, kenapa masih memilih untuk bergembira berbanding melakukan amal terutamanya mengabdikan diri sebagai hamba Allah kalau akhir kedua-duanya adalah ketenangan dan kebahagiaan. Kenapa kita masih terkeliru lagi?
Sekian, semoga entri ini dapat menjadi wasilah penjentik rohani kita untuk mendekati yang lebih baik. Assalamualaikum.